Hidup berkeluarga ni kalau banyak berhutang memang masalah. Namun setakat hari ini isteri tak ada langsung rekod hutang. Jadi hanya suami sahajalah yang berhutang keliling pinggang.
Tak apa. Duit isteri simpan dulu. Nanti bila cukup bolehlah beli aset untuk family. Sementara tu sempatlah saya berjuang memerdekakan diri dari hutang.
Terima kasih juga pada isteri sebab tidak demand yang bukan-bukan. Kita bersederhana dululah ya.