Status Hutang Julai 2010

Salam dan pohon maaf kerana agak lama menyepi. Sibuk dengan keluarga dan study Master yang telah bermula. Dalam kehidupan kadang-kala ada peluang yang kena ambil segera dan ada perkara yang kita tangguhkan. Namun dalam hal menyelesaikan hutang, seelok-eloknya jadikan sebagai keutaamaan supaya tidak menjadi satu masalah kepada keluarga.

Posting terakhir saya pada Oktober 2009. Bermakna telah hampir setahun tidak menulis di dalam blog ini. Maaf sekali lagi. Pada kesempatan ini elok juga saya kemaskini status hutang terkini dan sama-sama kita lihat sama ada ia bertambah atau berkurang.

Hutang kad kredit Citibank, CIMB dan Bank Islam telah diselesaikan sepenuhnya.

Hutang kad kredit yang perlu saya bayar sekarang ialah RM100 untuk Public Bank dan RM400 untuk HSBC.

Hutang Bank Rakyat RM1,100 sebulan.

Hutang pinjaman ASB RM327

Hutang pinjaman saham Bank Persatuan RM167.

Hutang CIMB Express RM360.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar setiap bulan ialah RM1954.

Apakah strategi saya untuk bulan-bulan yang akan datang? Kemungkinan besar saya akan lebihkan pembayaran kad HSBC dan tamatkan pinjaman ASB.

Income Tambahan

Alhamdulillah, mulai bulan Disember 2009 hingga Jun 2010 saya bakal mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM2,500 sebulan. Saya harap dengan income tambahan tu saya dapat gunakan untuk menguruskan hutang-piutang saya.

Kad Kredit HSBC

Salam Aidilfitri untuk semua. Alhamdulillah sempena bulan baik ini saya dah berjaya selesaikan hutang kad kredit HSBC saya.

Kini tinggal kad CIMB, Citibank dan Public Bank yang belum diselesaikan.

Sasaran saya ialah mulai bulan depan saya akan tumpukan pada kad kredit Citibank dan cuba untuk selesaikan semua hutang dalam kad kredit tersebut.

Bagi rakan-rakan yang download file Excel Perbelanjaan tu sila gunakan pasword ini untuk ubah butiran maklumat.

AABABBBBAAAU

Untuk masukkan butiran perbelanjaan harian seperti barang dapur RM15.00, sila klik butang hijau lembaran harian. Selamat mencuba ya!

Harga Emas Naik

Check dalam blog saudagar emas Pokli tengok harga emas meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini.

Tak tahu kenapa. Mungkin sebab matawang dollar jatuh ataupun sebab harga komoditi seperti minyak naik.

Apakah harga emas akan mencecah USD 1,000 per ounce seperti yang kawan-kawan emas impikan awal tahun hari tu?

Pembayaran Hutang Ogos 2009

Bulan ini agak sibuk sedikit dengan beberapa aktiviti. Akhirnya hari ini dapat duduk seketika untuk bercerita tentang pembayaran hutang bulan Ogos 2009.

Bulan ni saya hanya ada RM2,300 untuk buat bayar hutang. Transfer duit ke Maybank seperti biasa tapi dek kerana tak sempat online Maybank dah tolak Standing Instruction untuk ASB dan Bank Persatuan sedangkan plan saya tak nak bayar dua-dua loan tu bulan ni.

Tapi tak apalah. Target untuk selesaikan baki hutang di HSBC terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan. Dah tak banyak pun. Kalau selesai kad kredit HSBC tu bolehlah saya tumpukan bayaran kad Citibank pula.

Pembayaran Hutang Bulan Ogos adalah seperti berikut:

CIMB 50

Citibank 300

HSBC 50

Public Bank 100

AEON 190

ASB 327

Bank Persatuan 305 (2 bulan)

Bank Rakyat 700 (lagi 400)

Keseluruhannya saya guna RM2,022 untuk bayar hutang Ogos 2009.

Dividen ASW 2009

Hari ini PNB mengistiharkan dividen ASW bagi tahun 2009 sebanyak 6.3%.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulasan OD ASW bolehlah rujuk di laman web Jutawan Hartanah.

Daripada dividen ASW juga kita boleh membuat ramalan tentang berapa dividen ASB yang bakal kita perolehi tahun ini.

Saya meramalkan dividen ASB tahun ini adalah sekurang-kurangnya 8.00% Dengan loan ASB RM40,000 dijangka saya dapat dividen RM3,200 untuk tahun ini.

Anda pula bagaimana? Apakah ramalan anda?

Bajet Julai 2009

Bulan ini kali kedua saya paparkan bajet keluarga sejak bajet pertama pada bulan Jun yang lalu. Untuk rekod bajet keluarga bulan Jun 2009 ialah RM1,353.46.

Manakala untuk bulan Julai 2009 bajet keluarga ialah RM1,395.32. Ada sedikit peningkatan perbelanjaan berbanding bulan Jun mungkin kerana bulan Julai saya keluar makan beberapa kali bersama keluarga di luar.

Namun saya bersyukur kerana perbelanjaan masih belum melebihi peruntukan bulanan sebanyak RM1,500. Dengan kata lain saya masih ada lebihan RM100 setiap bulan. RM100 ini sepatutnya saya kena simpan dalam bentuk tabungan untuk apa-apa keperluan atau kecemasan.

Bagi rakan-rakan yang belum mempunyai software bajet bolehlah download Bajet Bulanan Excel tersebut dari widget di sebelah.

Apabila saya mula buat bajet bulanan barulah nampak ke mana wang dibelanjakan dan portion-portion perbelanjaan. Jadi taklah merungut ke mana duit pergi sebab kita rekodkan perbelanjaan. Namun sikap istiqamah penting kerana kita tak boleh beri alasan sibuk atau tidak sempat merekodkan perbelanjaan. Kalau kita sibuk bermakna tidak akan wujudlah bajet bulanan untuk keluarga kita.

Saya harap saya terus konsisten dan komited untuk merekodkan perbelanjaan keluarga dalam software Excel tu untuk kebaikan saya dan keluarga serta mencapai taraf Merdeka Hutang satu hari nanti.


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 19,130 hits

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.