Archive for May, 2009

Pembayaran Hutang Mei 2009

Hujung bulan tiba lagi. Waktu yang sesuai untuk membayar hutang-hutang apabila gaji masuk. Kalau boleh pay yourself first. Maksudnya bukan pergi shopping beli baju baru, tapi ambil sebahagian daripada pendapatan dan masukkan ke dalam akaun simpanan atau pelaburan.

Hutang CIMB Express sebanyak RM370 telah pun dibayar semalam. Yang masih menunggu untuk dibayar adalah seperti berikut:

  1. Citibank 900
  2. CIMB 50
  3. HSBC 50
  4. Public Bank 50
  5. ASB Maybank 336
  6. Bank Persatuan 136
  7. Bank Rakyat 1100

Jumlah keseluruhan lebih kurang RM2,992. Bulan depan kena cergas untuk bayar kredit kad CIMB, HSBC dan Public Bank.

Advertisements

Merancang Perbelanjaan Bulanan

Sekarang saya dah mula merancang kewangan untuk keluarga. Harapan saya dapat berbelanja dengan berhemah dan meningkatkan kadar penjimatan setiap bulan.

Pendapatan suami isteri RM 5,000 sebulan

Hutang RM3,000 sebulan

Baki Boleh Guna Untuk Belanja RM2,000

Perbelanjaan bulanan yang dirancang seperti di bawah:

a. Barangan Dapur RM400.00

b. Kenderaan RM120.00 (kami guna pengangkutan awam)

c. Sewa rumah RM450.00

d. Bil-bil RM150.00

e. Pakaian 100.00

f. Pelbagai 280.00

Secara teori saya boleh simpan RM500.00

Harapan saya agar perancangan ini berjaya.

Contoh Penggunaan Kemudahan Overdraft

1. Mohon OD facility against sijil ASB. – Optimum amount: (Gross Income x 6) + Hutang kad kredit> Lepas dpt OD…setelkan dulu semua hutang kad kredit…buang kad kredit lama dan pakai kad kredit Bank Islam (Mastercard) atau Citibank (Visa)

*option: balance transfer dari kad kredit lama ke Mastercard Bank Islam atau Visa Citibank

2. Bank-in nett income ke dlm akaun OD
– Semua income yg kita dapat… full time & part time
– Masuk setiap 1hb tiap-tiap bulan
– Contoh RM1.5k

3. Withdraw ~30% drp nett income tadi daripada akaun OD
– Contoh RM450

4. Bank-in jumlah step ke-3 tu masuk ASB (Melalui buku ASB)
– Masukkan tetap pada setiap 30hb tiap-tiap bulan

5. Perbelanjaan bulanan yang guna kad kredit
– Segala budget yang kita biasa bayar pakai cc
– contoh bill utilities, barang dapur, petrol, insuran…
– Mesti belanja within tarikh statement date (SD) dengan due date (DD)
– contoh SD 10 hb, DD 30 hb (pakai cc dari 11hb hingga 30hb – 19 hari sahaja daripada contoh ni)
– contoh budget RM1.5k

6. Cara nak bayar balik belanja guna kad kredit
– Jangan bayar dulu untuk bulan semasa.
– Bayar pd bulan depan utk penggunaan bulan semasa.
– Mesti bayar tepat pada tarikh DD
– Kalau guna kurang, buat cash advance baki
– Masukkan dalam akaun OD (sama hari dgn bank-in nett income)
> bayar kad kredit pula…next month pada 30hb, pastikan tak lambat. Kalau 30hb tu hari Ahad, tolong bayar pada hari Jumaat sebelumnya. Lebihan belanja kad kredit…betul, masukkan balik dalam OD

7. Perbelanjaan harian yg guna cash
– Semua perbelanjaan harian kita.
– Withdraw dari akaun OD pada bila-bila masa
– Contoh duit makan, rokok, servis kereta, tol, paper, pasar malam…
– Catat semua perbelanjaan guna buku 3-5
– Contoh RM800
– Kalau guna kurang daripada yang dah keluar
– Masukkan dlm akaun ASB (sama hari dgn bank-in 30% nett income)

Follow balik step 1 tadi… duplicate setiap bulan.

Rekod Bersih Isteri Dari Hutang

Hidup berkeluarga ni kalau banyak berhutang memang masalah. Namun setakat hari ini isteri tak ada langsung rekod hutang. Jadi hanya suami sahajalah yang berhutang keliling pinggang.

Tak apa. Duit isteri simpan dulu. Nanti bila cukup bolehlah beli aset untuk family. Sementara tu sempatlah saya berjuang memerdekakan diri dari hutang.

Terima kasih juga pada isteri sebab tidak demand yang bukan-bukan. Kita bersederhana dululah ya.

Teruja Dengan Posting Blog Hartanah

Antara blog yang sering saya ikuti ialah blog jutawan hartanah POKLI77. Isi kandungan blog dia padat dan digarap dalam bahasa yang mudah difahami.

Dari blog POKLI77 saudara-saudara boleh ke blog kawan-kawan beliau yang ada minda hartanah juga seperti Jutawan Hartanah Pie, Faridzaswadi, Siti Farazila, Farid, Hafizal Juru Ukur Wida, Mat Joe dan Zairul Akman.

Blog-blog mereka popular dan ramai pengunjung. Jadi untuk mendapat ilmu tentang hartanah berkunjunglah ke blog POKLI dan rakan-rakan.

p/s: terima kasih kerana pokli turut list blog saya merdekhutang.wordpress.com dalam listing beliau.

Simpanan Rahsia

Contoh duit simpanan rahsia selalu kita tengok dalam cerita Sin Chan. Si ayah simpan duit rahsia dan letak belakang frame gambar untuk beli set golf. Mama pula kehilangan duit simpanan rahsia untuk beli set rantai mutiara.

Dalam posting yang lepas saya kata ada duit simpanan rahsia RM 5,000. Duit ini simpanan rahsia untuk kecemasan.

Kalau boleh anda juga kena ada duit simpanan rahsia. Sekurang-kurangnya 3 kali ganda perbelanjaan bulanan. Sekurang-kurangnya boleh guna semasa “hujan”.

Keperluan mengadakan simpanan kecemasan banyak dicatat dalam buku-buku perancangan kewangan.

Maknanya penting sungguh aspek simpanan ini tak kira nama dia simpanan, simpanan kecemasan atau pun simpanan rahsia.

Kad Kredit HSBC dan CIMB

Status terkini tunggakan dua kad kredit ni ialah HSBC (RM3350) dan CIMB (RM1350). Kalau boleh saya nak langsaikan sebelum hujung tahun ini.

Jadi semangat kena kuat dan keazaman kena tinggi. Dua-dua pesanan ini adalah untuk diri sendiri.Haha.

Jumlah kedua-duanya jika dicampur ialah RM4700.

Mampukah saya melangsaikannya?

Perlukah saya guna duit simpanan rahsia RM5000 yang saya ada atau tunggu dapat duit KWSP nanti?

Perlukah saya selesaikannya segera atau bayar secara bulanan?

Hmm…kena fikir-fikir ni.


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 19,282 hits