Archive for June, 2009

House Keeping Kad Kredit

Hujung bulan tiba lagi. Selepas membuat beberapa pembayaran kad kredit saya updatekan baki terkini hutang kad-kad kredit saya.

HSBC    RM1,945

CIMB    RM1,782

Public    RM1,600

CTBank RM6,281

Hujung bulan nanti akan ada lagi bajet lebih kurang RM2,500. Bolehlah saya gunakan serba-sedikit untuk selesaikan hutang kad kredit dan hutang-hutang lain seperti AEON, CIMB Express, Bank Rakyat, ASB dan Bank Persatuan.

Selesaikan Hutang Kad Kredit & KryptonWorks

Selepas beberapa bulan kumpul duit dapatlah RM3,200. Seronoknya! Ada juga keinginan nak beli macam-macam benda seperti plasma tv, x-box dan lain-lain. Tapi bila difikirkan hutang keliling pinggang dan semangat untuk keluar dari rat race ni maka terpaksalah letak ketepi dahulu semua keinginan dan selesaikan keperluan utama iaitu membayar hutang.

Jadi saya transfer RM1,500 untuk bayar kad kredit HSBC, RM600 untuk Citibank, RM50 untuk Public dan RM100 untuk CIMB.

Untuk loan ASB secara automatik Maybank potong lebih-kurang RM650. Jadi buat masa ni tunggakan hutang dengan loan ASB dah tak ada. Cantik la sikit kolum CCRIS untuk loan ASB tu.

Baki RM300 masih ada untuk beberapa bayaran hutang lagi. Lepas beberapa hari bolehlah saya update baki hutang kad kredit terbaru.

Malu nak bagi tahu tapi kena rekodkan juga kat sini. Saya join kryptonworks RM200 untuk dapatkan passive income RM40 sebulan. Saya tahu it’s a bit risky tapi saya try juga. Apa-apa perkembangan saya akan cerita secara telus kat sini.

Menyelesaikan Hutang Kad Kredit Anda

Seperti yang kita ketahui ada beberapa cara untuk menyelesaikan hutang kad kredit kita yang bertimbun-timbun tu. Antara pilihan-pilihan yang kita ada adalah seperti berikut:

  1. Bayar minima 5% atau sekurang-kurangnya RM50 sebulan.
  2. Bayar satu amaun tetap contohnya RM250 sebulan.
  3. Buat pinjaman peribadi dan bayar secara lump sump.
  4. Buat balance transfer dengan bank lain.

Kita ambil satu contoh mudah. Katakanlah berhutang kad kredit RM5,000.

Jika guna kaedah pertama dan bayar RM50 sebulan, kita perlu ambil masa selama 69 bulan untuk selesaikan hutang RM5,000 dan terpaksa bayar interest sebanyak RM1,875.87. Banyak tu!

Jika guna kaedah kedua, dengan membayar RM250 sebulan, hutang kad kredit selesai dalam masa 24 bulan dan interest yang dikenakan adalah RM987.60. Banyak juga!

Jika guna kaedah ketiga (itu pun kalau masih layak apply personal loan), apply untuk tempoh 24 bulan dan bayar RM5,000 yang dipinjam tu lump sump untuk kad kredit. Sebulan kena bayar pinjaman RM237. Interest yang dikenakan adalah RM680.

Kaedah keempat pula, balance transfer selama 24 bulan dengan interest sebanyak 6.88%. Sebulan kena bayar RM237. Interest dikenakan sebanyak RM688.


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

RSS Unknown Feed

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

Blog Stats

  • 19,255 hits