Archive for July, 2009

Perancangan Kewangan

Sebanyak 1.6 bilion baki unit Amanah Saham Malaysia (ASM) kuota bumiputera yang tidak terjual akan dibuka untuk jualan kepada semua kaum mulai Selasa minggu depan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jualan itu bagaimanapun akan dihadkan kepada 20,000 unit kepada setiap pemegang akaun dan kuota itu akan dijual sehingga 27 Julai ini.

“Selepas tarikh itu, pelabur boleh melanggan unit ASM ini tanpasebarang had pelaburan maksimum dan ini bergantung kepada unit yangmasih ada. Jualan ini berasaskan siapa cepat, dia dapat,” katanya pada sidang media khas di sini semalam.

Seperti yang dapat kita baca di atas, baru-baru ini PNB buat keputusan untuk buka kuota langganan ASM yang diperuntukkan kepada Bumiputera sebanyak 1.6 Bilion kepada bangsa lain. Maka berduyun-duyunlah orang Cina beratur sejak dari pukul 6.00 pagi di hadapan pejabat pos dan bank untuk merebut tawaran keemasan ini. Sebelum ini hampir 1 Bilion ASM yang diperuntukkan kepada bukan Melayu habis dilanggan dalam masa 1 hari.

Kenapa orang bukan Melayu terutama Cina berebut-rebut membeli produk yang ditawarkan PNB seperti ASM dan ASW?

Sebabnya ialah kerana modal pelaburan tidak akan susut dan mendapat dividen tahunan pula antara 7-9%. Ini jauh lebih baik berbanding simpanan tetap di bank-bank atau amanah saham swasta seperti Public Mutual dan CIMB.

Namun orang Melayu bukan sahaja gagal memenuhkan tabungan di dalam ASB bahkan mengambil sikap sambil lewa bila kerajaan menawarkan ASM dan ASW. Hal ini termasuklah diri saya sendiri.

Bagi saya ada dua faktor kenapa orang kita tidak melabur dalam produk-produk PNB seperti ASM, ASW, ASN dan lain-lain.

Pertama kerana tidak ada lebihan wang untuk melabur.

Kedua kerana tidak terdidik dengan perancangan kewangan sehingga terjerumus dalam hutang.

Oleh yang demikian saya berpendapat perlu ada usaha bersungguh-sungguh daripada kerajaan untuk mendidik orang Melayu tentang perancangan kewangan. Orang Melayu kena tahu bila perlu berhutang, apa itu hutang baik dan hutang jahat, bagaimana untuk merancang kewangan dan bagaimana untuk membuat simpanan dan pelaburan.

Seelok-eloknya pendidikan mengenai perancangan kewangan mula diterapkan dari sekolah rendah lagi melalui subjek Kemahiran Hidup atau Matematik.

Dengan ini generasi yang akan datang akan terdidik dengan perancangan kewangan dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, merdeka dari hutang dan ada lebihan wang untuk menyimpan.

Advertisements

Pengalaman Berniaga Di Ebay

Berniaga ni salah satu cara nak tambah pendapatan. Macam saya pendapatan tambahan tu tentulah untuk bayar hutang. Pengalaman saya berniaga online adalah kat Ebay Malaysia. Banyak juga pengalaman yang dapat belajar dari bisnes kat Ebay esspecially melayan karenah buyer yang tanya pelbagai soalan. Tak jual banyak barang pun. So far berjaya jual 1-2 saja. Yang tak berjaya yang banyak sebab ramai buyer kat Ebay Malaysia ni kategori joy bidder. Tapi takpe sebab joy bidder ni semua kita laporkan kat Ebay dan nama diaorang akan negative.

Benda yang saya belajar kat Ebay ni ialah tak semestinya kita ada barang baru boleh jual. Jadi reseller lebih mudah. Kita tak perlu simpan stok dan barang anytime boleh kita order daripada seller lain yang ada stok. Yang penting cara kita present barang yang kita jual tu. Kenalah cari template-template yang menarik untuk attract buyers.

One thing is Ebay Malaysia listing barang percuma je. Tak perlu bayar even 10 sen untuk basic features. Apa lagi kawan-kawan. Selamat mencuba, kot-kot kita boleh dapat sedikit pendapatan sampingan.

Cara Menyelesaikan Hutang Kad Kredit

Selain daripada OD, kita juga boleh menggunakan satu cara lain untuk menyelesaikan hutang kad kredit. Cara yang saya maksudkan ialah menggunakan platform Easy Payment Scheme yang ditawarkan oleh beberapa syarikat di Malaysia contohnya E-Save Marketing.

Sebagai contoh sekiranya kita berhasrat untuk menyelesaikan hutang kad kredit RM5,000 secara bayaran biasa kepada bank, kita terpaksa menanggung bebanan faedah sebanyak 54% (18% setahun selama 3 tahun).

Sebaliknya jika menggunakan platform Easy Payment, E-Save Marketing hanya mengenakan sebanyak 24% caj yang bersamaan dengan 8% setahun.

Dengan cara ini, ia sedikit sebanyak dapat membantuk mengurangkan beban bayaran kad kredit dan membantu menjimatkan dari segi caj faedah tahunan.

Ringkasan Kaedah OD Untuk Selesaikan Hutang

Mulai hari ini weblog Merdeka Hutang berwajah baru sesuai dengan semangat saya untuk meneruskan perjuangan memerdekakan diri dari hutan.
Ramai orang mempraktikkan penggunaan OD bagi memerdekakan diri dari cengakaman hutang terutamanya hutang kad kredit. Saya juga berminat menggunakan kaedah ini tetapi dek kerana beberapa kekangan termasuklah ketiadaan tunai sebanyak RM12,000 sebagai permulaan OD menyebabkan saya tidak dapat menggunakan kaedah ini.
Saya pernah ceritakan kaedah penggunaan OD sebelum ini yang saya petik dari laman web. Kali ini saya petik ringkasan daripada kaedah penggunaan platform OD untuk menyelesaikan hutang kad kredit. Ringkasan ini saya petik dari laman web bebas-hutang.com. Untuk pemahaman yang lebih mendalam silalah ke laman web tersebut.
  1. Sediakan duit dalam ASB. Sekiranya tidak ada saving, apply personal loan, dan duit dari personal loan itu dimasukkan semuanya ke ASB.
  2. Tukarkan ASB ke Sijil. Kemudian apply OD dengan Sijil ASB tersebut.
  3. Bila OD dah approve, settlekan semua major loan.
  4. Seterusnya, pada setiap bulan, masukkan semua gaji ke OD.
  5. Beberapa hari selepas itu, keluarkan 30%-40% berbanding gaji anda dari OD dan masukkan ke ASB.
  6. Guna kad kredit untuk perbelanjaan rumah atau harian dan mesti digunakan diantara SD (Statement Date) dan DD(Due Date).
  7. Bayar amaun kad kredit yang telah digunakan  pada bulan depan menggunakan OD.
  8. Ulang langkah 1 hingga 7 setiap bulan.

Perbelanjaan Keluarga dan Bayaran Hutang Jun 2009

Kalau anda lihat dari posting saya bulan Mei yang lalu, saya cuba bajetkan perbelanjaan keluarga sebanyak RM1,500 sebulan memandangkan pendapatan saya campur isteri RM5,000 sebulan dan terpaksa bayar hutang sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

Untuk bulan Jun alhamdulillah perbelanjaan keluarga yang direkodkan dalam Excel hanyalah RM1,353.46. Jadi adalah sedikit lebihan yang boleh digunakan untuk simpanan atau membayar hutang.

Untuk pembayaran hutang pula secara keseluruhannya pada 30 Jun 2009 adalah seperti berikut:

CTBank 500

CIMB 100

HSBC 1,500

Public 50

Bank Persatuan 136

Maybank ASB 327

Bank Rakyat 700 daripada 1,100 (akan bayar lagi dlm masa 2 minggu)

Elaun Utk Emak 600

Total RM3,913

Dividen Bank Persatuan 2009

Ramai juga kawan-kawan bertanya tentang bagaimana nak menjadi ahli Bank Persatuan dan mendapat dividen lebih dari 10% sebulan.

Untuk pengetahuan semua Bank Persatuan merupakan sebuah bank koperasi yang berasal dari Pulau Pinang. Ia asalnya lahir daripada koperasi petani, nelayan di Seberang Perai. Hingga hari ini Bank Persatuan berkembang dan mempunyai banyak cawangan di utara tanah air iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Selain itu terdapat juga cawangan di Shah Alam dan Kuantan.

Setiap individu Melayu dan beragama Islam bolehlah memohon untuk menjadi ahli Bank Persatuan dan membeli saham koperasi sebanyak RM500. Selepas itu bolehlah menambah saham hingga maksimum RM50,000.

Untuk tahun ini dividen yang bakal diagihkan adalah sebanyak 10% untuk tahun 2009.


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

Blog Stats

  • 19,293 hits