Archive for the 'Simpanan' Category

Dividen ASW 2009

Hari ini PNB mengistiharkan dividen ASW bagi tahun 2009 sebanyak 6.3%.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulasan OD ASW bolehlah rujuk di laman web Jutawan Hartanah.

Daripada dividen ASW juga kita boleh membuat ramalan tentang berapa dividen ASB yang bakal kita perolehi tahun ini.

Saya meramalkan dividen ASB tahun ini adalah sekurang-kurangnya 8.00% Dengan loan ASB RM40,000 dijangka saya dapat dividen RM3,200 untuk tahun ini.

Anda pula bagaimana? Apakah ramalan anda?

Advertisements

Bajet Julai 2009

Bulan ini kali kedua saya paparkan bajet keluarga sejak bajet pertama pada bulan Jun yang lalu. Untuk rekod bajet keluarga bulan Jun 2009 ialah RM1,353.46.

Manakala untuk bulan Julai 2009 bajet keluarga ialah RM1,395.32. Ada sedikit peningkatan perbelanjaan berbanding bulan Jun mungkin kerana bulan Julai saya keluar makan beberapa kali bersama keluarga di luar.

Namun saya bersyukur kerana perbelanjaan masih belum melebihi peruntukan bulanan sebanyak RM1,500. Dengan kata lain saya masih ada lebihan RM100 setiap bulan. RM100 ini sepatutnya saya kena simpan dalam bentuk tabungan untuk apa-apa keperluan atau kecemasan.

Bagi rakan-rakan yang belum mempunyai software bajet bolehlah download Bajet Bulanan Excel tersebut dari widget di sebelah.

Apabila saya mula buat bajet bulanan barulah nampak ke mana wang dibelanjakan dan portion-portion perbelanjaan. Jadi taklah merungut ke mana duit pergi sebab kita rekodkan perbelanjaan. Namun sikap istiqamah penting kerana kita tak boleh beri alasan sibuk atau tidak sempat merekodkan perbelanjaan. Kalau kita sibuk bermakna tidak akan wujudlah bajet bulanan untuk keluarga kita.

Saya harap saya terus konsisten dan komited untuk merekodkan perbelanjaan keluarga dalam software Excel tu untuk kebaikan saya dan keluarga serta mencapai taraf Merdeka Hutang satu hari nanti.

Dividen Bank Persatuan 2009

Ramai juga kawan-kawan bertanya tentang bagaimana nak menjadi ahli Bank Persatuan dan mendapat dividen lebih dari 10% sebulan.

Untuk pengetahuan semua Bank Persatuan merupakan sebuah bank koperasi yang berasal dari Pulau Pinang. Ia asalnya lahir daripada koperasi petani, nelayan di Seberang Perai. Hingga hari ini Bank Persatuan berkembang dan mempunyai banyak cawangan di utara tanah air iaitu di Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Selain itu terdapat juga cawangan di Shah Alam dan Kuantan.

Setiap individu Melayu dan beragama Islam bolehlah memohon untuk menjadi ahli Bank Persatuan dan membeli saham koperasi sebanyak RM500. Selepas itu bolehlah menambah saham hingga maksimum RM50,000.

Untuk tahun ini dividen yang bakal diagihkan adalah sebanyak 10% untuk tahun 2009.

Merancang Perbelanjaan Bulanan

Sekarang saya dah mula merancang kewangan untuk keluarga. Harapan saya dapat berbelanja dengan berhemah dan meningkatkan kadar penjimatan setiap bulan.

Pendapatan suami isteri RM 5,000 sebulan

Hutang RM3,000 sebulan

Baki Boleh Guna Untuk Belanja RM2,000

Perbelanjaan bulanan yang dirancang seperti di bawah:

a. Barangan Dapur RM400.00

b. Kenderaan RM120.00 (kami guna pengangkutan awam)

c. Sewa rumah RM450.00

d. Bil-bil RM150.00

e. Pakaian 100.00

f. Pelbagai 280.00

Secara teori saya boleh simpan RM500.00

Harapan saya agar perancangan ini berjaya.

Simpanan Rahsia

Contoh duit simpanan rahsia selalu kita tengok dalam cerita Sin Chan. Si ayah simpan duit rahsia dan letak belakang frame gambar untuk beli set golf. Mama pula kehilangan duit simpanan rahsia untuk beli set rantai mutiara.

Dalam posting yang lepas saya kata ada duit simpanan rahsia RM 5,000. Duit ini simpanan rahsia untuk kecemasan.

Kalau boleh anda juga kena ada duit simpanan rahsia. Sekurang-kurangnya 3 kali ganda perbelanjaan bulanan. Sekurang-kurangnya boleh guna semasa “hujan”.

Keperluan mengadakan simpanan kecemasan banyak dicatat dalam buku-buku perancangan kewangan.

Maknanya penting sungguh aspek simpanan ini tak kira nama dia simpanan, simpanan kecemasan atau pun simpanan rahsia.

Simpanan Saya

Kebanyakan daripada hutang saya habis digunakan untuk berbelanja. Alahai…

Ada juga sikit-sikit yang saya buat aset/simpanan. Berikut adalah senarai aset saya.

Pertanian 30,000

Saham Bank Persatuan 12,000

ASB 40,000

Saham 2,000

KWSP 12,000


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

Blog Stats

  • 19,293 hits