Archive for August, 2009

Dividen ASW 2009

Hari ini PNB mengistiharkan dividen ASW bagi tahun 2009 sebanyak 6.3%.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ulasan OD ASW bolehlah rujuk di laman web Jutawan Hartanah.

Daripada dividen ASW juga kita boleh membuat ramalan tentang berapa dividen ASB yang bakal kita perolehi tahun ini.

Saya meramalkan dividen ASB tahun ini adalah sekurang-kurangnya 8.00% Dengan loan ASB RM40,000 dijangka saya dapat dividen RM3,200 untuk tahun ini.

Anda pula bagaimana? Apakah ramalan anda?

Bajet Julai 2009

Bulan ini kali kedua saya paparkan bajet keluarga sejak bajet pertama pada bulan Jun yang lalu. Untuk rekod bajet keluarga bulan Jun 2009 ialah RM1,353.46.

Manakala untuk bulan Julai 2009 bajet keluarga ialah RM1,395.32. Ada sedikit peningkatan perbelanjaan berbanding bulan Jun mungkin kerana bulan Julai saya keluar makan beberapa kali bersama keluarga di luar.

Namun saya bersyukur kerana perbelanjaan masih belum melebihi peruntukan bulanan sebanyak RM1,500. Dengan kata lain saya masih ada lebihan RM100 setiap bulan. RM100 ini sepatutnya saya kena simpan dalam bentuk tabungan untuk apa-apa keperluan atau kecemasan.

Bagi rakan-rakan yang belum mempunyai software bajet bolehlah download Bajet Bulanan Excel tersebut dari widget di sebelah.

Apabila saya mula buat bajet bulanan barulah nampak ke mana wang dibelanjakan dan portion-portion perbelanjaan. Jadi taklah merungut ke mana duit pergi sebab kita rekodkan perbelanjaan. Namun sikap istiqamah penting kerana kita tak boleh beri alasan sibuk atau tidak sempat merekodkan perbelanjaan. Kalau kita sibuk bermakna tidak akan wujudlah bajet bulanan untuk keluarga kita.

Saya harap saya terus konsisten dan komited untuk merekodkan perbelanjaan keluarga dalam software Excel tu untuk kebaikan saya dan keluarga serta mencapai taraf Merdeka Hutang satu hari nanti.

Pembayaran Hutang Julai 2009

Hujung bulan tiba dah hari ini kita telah melangkah ke awal bulan Ogos. Struggle juga untuk membayar hutang-hutang bulan ini. Maklumlah kalau sekadar membayar baki minima bila masanya hutang terutamanya hutang kad kredit akan selesai.

Untuk bulan Julai 2009 saya mengeluarkan sejumlah RM3,647.00 untuk membuat bayaran. Paling banyak saya keluarkan untuk HSBC iaitu RM1,050 untuk bayar hutang kad kredit. Nampaknya taktik serangan berterusan saya terhadap hutang kad kredit HSBC setidak-tidaknya telah berjaya mengurangkan hutang kad tersebut dari RM5,500 pada bulan Februari 2009 kepada RM1,000 untuk bulan Ogos akan datang. Oleh kerana kini pembayaran minimum untuk kad HSBC tersebut hanya RM50 bolehlah saya beri tumpuan kepada kad kredit Citibank pula untuk bulan-bulan akan datang.

Secara ringkasnya pembayaran hutang-hutang saya untuk bulan Julai 2009 adalah seperti berikut:

CIMB RM100

Citibank RM450

HSBC RM1,050

Public RM250

CIMB Exp RM360

AEON RM200

Loan ASB 327 (tak bayar lagi) sudah bayar

Saham Bank Persatuan RM137

Bank Rakyat RM1,100

Saya maklum bahawa rakan-rakan yang berpengalaman dalam selok-belok pengurusan kewangan seperti saudari Nurul Wahida dari Emas & Tanah pernah mencadangkan kepada saya agar apply Overdraft ASB untuk rendahkan interest kad kredit. Namun terdapat beberapa kekangan utama especially tak cukup modal untuk melaksanakannya hingga hari ini. Mungkin pada masa depan saya akan cuba menggunakan kaedah tersebut bila masa dan keadaan membenarkan.


Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

Blog Stats

  • 19,444 hits