Bajet Julai 2009

Bulan ini kali kedua saya paparkan bajet keluarga sejak bajet pertama pada bulan Jun yang lalu. Untuk rekod bajet keluarga bulan Jun 2009 ialah RM1,353.46.

Manakala untuk bulan Julai 2009 bajet keluarga ialah RM1,395.32. Ada sedikit peningkatan perbelanjaan berbanding bulan Jun mungkin kerana bulan Julai saya keluar makan beberapa kali bersama keluarga di luar.

Namun saya bersyukur kerana perbelanjaan masih belum melebihi peruntukan bulanan sebanyak RM1,500. Dengan kata lain saya masih ada lebihan RM100 setiap bulan. RM100 ini sepatutnya saya kena simpan dalam bentuk tabungan untuk apa-apa keperluan atau kecemasan.

Bagi rakan-rakan yang belum mempunyai software bajet bolehlah download Bajet Bulanan Excel tersebut dari widget di sebelah.

Apabila saya mula buat bajet bulanan barulah nampak ke mana wang dibelanjakan dan portion-portion perbelanjaan. Jadi taklah merungut ke mana duit pergi sebab kita rekodkan perbelanjaan. Namun sikap istiqamah penting kerana kita tak boleh beri alasan sibuk atau tidak sempat merekodkan perbelanjaan. Kalau kita sibuk bermakna tidak akan wujudlah bajet bulanan untuk keluarga kita.

Saya harap saya terus konsisten dan komited untuk merekodkan perbelanjaan keluarga dalam software Excel tu untuk kebaikan saya dan keluarga serta mencapai taraf Merdeka Hutang satu hari nanti.

7 Responses to “Bajet Julai 2009”


  1. 2 PG September 1, 2009 at 5:20 am

    Salam.Nice blog bro.
    Bro,why not u buat satu column chit-chat kat sebelah tu,So senang pengunjung2 blog nak chit-chat,chit-chut or chat-chut..Hehehe..
    Just my 50cents

    PG
    20rejab.blogspot.com
    11ram.blogspot.com

    • 3 Merdeka Hutang September 5, 2009 at 8:19 am

      PG,
      Nak letak chit chat tu tapi kat wordpress free ni shout box tak boleh install. Kalau wordpress.org baru boleh letak chit-chat tu.

  2. 4 paklong97 September 24, 2009 at 3:53 am

    salam,

    saya dah dwload Bajet Bulanan Excel tu,tapi tak bole guna..ada password..

    apa passwordnya….tq

    paklong97@yahoo.com.my

  3. 6 paklong97 September 25, 2009 at 3:06 am

    nice blog….dah dwload excel tu tapi tak bole guna…..ada password? cam ner ye..

    • 7 Merdeka Hutang October 2, 2009 at 4:43 pm

      Salam,ni passwordnya AABABBBBAAAU 🙂
      Sila klik button hijau lembaran harian untuk key in butiran perbelanjaan.


Leave a comment




Impian Saya

Bebas dari hutang jahat. Menguruskan hutang baik dengan teratur. Memiliki 2 lot semi-d berkembar sebelah-menyebelah perkongsian saya dan isteri. Meningkatkan aset dan pendapatan pasif.

Emergency Fund Since July 2009

1,000

Password Untuk Unlock File Excel Di Bawah

AABABBBBAAAU

Blog Stats

  • 19,445 hits