Bulan ini agak sibuk sedikit dengan beberapa aktiviti. Akhirnya hari ini dapat duduk seketika untuk bercerita tentang pembayaran hutang bulan Ogos 2009.
Bulan ni saya hanya ada RM2,300 untuk buat bayar hutang. Transfer duit ke Maybank seperti biasa tapi dek kerana tak sempat online Maybank dah tolak Standing Instruction untuk ASB dan Bank Persatuan sedangkan plan saya tak nak bayar dua-dua loan tu bulan ni.
Tapi tak apalah. Target untuk selesaikan baki hutang di HSBC terpaksa ditangguhkan ke bulan hadapan. Dah tak banyak pun. Kalau selesai kad kredit HSBC tu bolehlah saya tumpukan bayaran kad Citibank pula.
Pembayaran Hutang Bulan Ogos adalah seperti berikut:
CIMB 50
Citibank 300
HSBC 50
Public Bank 100
AEON 190
ASB 327
Bank Persatuan 305 (2 bulan)
Bank Rakyat 700 (lagi 400)
Keseluruhannya saya guna RM2,022 untuk bayar hutang Ogos 2009.
Salam Bro..
Teruskan..teruskan….maju ke hadapan…
selamat bayar hutang….kalau ikut sifu2 yang pokli belajar..ada GOOD DEBT & BAD DEBT…kalau kita banyak hutang….caranya adalah GENERATE INCOME….melalui generate income la kita boleh dapat bayar hutang…..tambah kolum aset untuk byr hutang…apa kata bro buat personal loan….lepas tu masukkan dalam ASB…buat OD…lepas tu bayar semua hutang kredit kad…..dan terminate ASB loan….overhaul ur financial….nanti pokli boleh ajarkan….
salam
http://www.pokli.com
banyaknya hutang kecik2?
mmg bagus plan nak settelkan hutang kad kredit tu.
next time, elakkan hutang aeon. tu utk beli barang kan..
loan ASB ni lebih menguntungkan bank je sebenarnya.
hm.. kena usaha lagi.
chaiyok!